Wednesday, October 21, 2009

Maksud Falsafahr

Falsafah merupakan satu perkataan yang akan memberikan pelbagai maksud mengikut individu yang mendalami tentangnya. Falsafah di dalam bahasa Melayu bermaksud “cinta kepada hikmah”. Falsafah dalam istilah Yunani disebut “Filo” dan “Sofia”. Socretes pula mengatakan falsafah ialah “Ilmu yang menyintai hikmah fitrah semulajadi”, manakala Aristotle pula mengatakan falsafah itu adalah “Suatu ilmu yang mencari sebab-sebab yang jauh ataupun ilmu yang mencari kewujudan sesuatu terhadap sesuatu yang wujud”. Istilah falsafah ini jika dirujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, ianya memberi makna “pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Sepertimana yang katakan oleh Wolff (1989) falsafah adalah cinta kepada kebijaksanaan. Manakala B. Russel (1946) mengatakan falsafah adalah sesuatu diantara teologi dan sains yang mana ianya mengandungi perkara yang belum tepat atau belum nyata. Jika dirujuk kepada W. W. Howick pula beliau mengaitkan falsafah ini di antara manusia dengan alam sejagat. Dari ketiga-tiga pendapat itu bolehlah dikatakan falsafah merupakan suatu usaha berfikir yang tiada akhirnya dengan tujuan mencari kebenaran.

No comments:

Post a Comment