Saturday, November 21, 2009

Rehabilitasi bagi individu bermasalah penglihatan

Rehabilitasi bagi individu bermasalah penglihatan

Perkhidmatan R IMP
Rehabilitasi perubatan
Pemulihan dalam Komuniti

Sejarah Perkembangan Rehabilitisi di Malaysia

Pasukan rehabilitasi dan peranannya
Kaunselor rehabilitasi
Jurulatih O&M
Fungsi Jurulatih O&M

Lain-lain personel
Ophtomologi
optometris

Kerjaya
Kaunseling kerjaya
Persediaan kerjaya
Perhubungan majikan dengan pekerja

Implikasi kecacatan penglihatan ke atas individu

Implikasi kecacatan penglihatan ke atas individu

Hasil pembelajaran
Menghurai implikasi perkembangan kognitif dan perkembangan motor dari sudut perkembangan sosial dan emosi
Implikasi kepada gol knk, rmj & dws

Kesan kepd IMP
Kanak-kanak prasekolah
Perkembangan sosial dan emosi
Perkembangan motor
Penggunaan sisa penglihatan dan deria sentuhan
Perkembangan kemahiran berdikari

Intervensi awal dan prasekolah
Kanak-kanak sekolah rendah
Persekitaran sekolah
Adaptsi kurikulum
Kemahiran akademik
Penyesuaian sosial dan emosi

Remaja
Perkembangan fizikal
Perkembangan kognitif
Perkembangan sosial dan emosi

Transisi ke alam dewasa
Perhubungan dengan keluarga
Alam pekerjaan
Kehidupan dalam komuniti

Masalah penglihatan dan pelbagai kecacatan 2

MASALAH PENGLIHATAND AN PELBAGAI KECACATAN (MULTIHANDICAPPED II)
HASIL PEMBELAJARAN

Menghurai masalah penglihatan dan masalah fizikal
Menjelaskan masalah penglihatan dan pendengaran (deaf-blindness)
Menerangkan masalah penglihatan dan kecelaruan tingkah laku
Membincangkan masalah penglihatan dan pintar cerdas

Masalah Penglihatan dan Masalah Fizikal
Juvenile Rheumatoid Arthritis
Sickle-cell anaemia
Cytomegalovirus

Masalah penglihatan dan pendengaran

Masalah penglihatan dan kecelaruan tingkah laku

Juvenile Rheumatoid Arthitis
(JRA) menyebabkan keradangan dan kekejangan sendi
Berlaku pada kanak2 12 tahun ke bawah
Tindakbalas terhadap tisu badan yang tidak sepadan dengan antibodi.
Autoimunisasi menyerang sendi, mata, hati dan organ2 lain
JRA- kesan kepada mata
Keradangan dan kesan ubat untuk JRA
Penyebab kepada iritis (radang berlaku pada kaw yang berwarna) Uveitis menyerang bahagian dalam mata

Cara mengatasi
Mata kering – pelembab dan CM hitam
Scleritis -glukokortikoid dan ubat anti radang
Cotton wool spots – tiada rawatan
Giant cell arthritis – prednisone
Iritis - glukokortikoid
Katarak – gantian kanta mata palsu

Kerosakan retina akibat pengambilan hidroksi klorokuin – henti ambil jika menunjukkan kerosakan
Glukoma – titisan mata/ diuretik/ pembedahan buang cecair berlebihan

Sickle-cell anaemia
Kekurangan darah beroksigen
kerana sel darah berbentuk sabit – kurang hemoglobin
Sel darah sukar bergerak di dalam salur darah – berkumpul dan menyekat saluran darah
Kerosakan pada organ penting

sickle-cell homozygous – darah kurang di retina – masalah penglihatan
Cytomegalovirus
CMV – berkait rapat dengan HIV
Sel darah mati di belakang retina

Tanda
Masalah tompok hitam pada ruang penglihatan (floaters)
Blind spots

Cara mengatasi
Ubat-ubatan (anti CMV/ RRVs
Rentitis (elak kebutaan)

Masalah penglihatan dan pendengaran
3:100000 kelahiran
Retinopathy of prematurity and meningitis
Masih ada baki pendengaran/penglihatan
Mempengaruhi kehidupan
Jenis dan tahap kebutaan/kepekakan

Umur ketika kehilangan pendengaran/penglihatan
Kehadiran kecacatan lain
kesan
Menyendiri, terlalu fokus, kpd diri sendiri
Perlu rasa selamat
Masalah perkembangan dan konsep
Masalah Komunikasi dan interaksi
Perlu pengubahsuaian yang spesifik (mudahkan penerimaan maklumat)
(rujuk jadual 8.3 page 130)

Punca masalah
Selepas lahir – glukoma, katarak dll
Kongenital (sejak lahir)
Rubella, sindrom down, dadah

Tanda dan simtom
Pengidap jaundis
Mudah merasa penat
Tumbesaran kurang
Jika mengidap anemia, perlu amalkan
Vitamin termasuk pengambilan asid folik
Minum dengan kadar yang banyak
Elak sejuk dan panas
Latihan yang kerap
Elak dadah dan alkohol

Impak ke atas pembelajaran
Kesukaran komunikasi
Persepsi yang terhad
Jangkaan
Motivasi
Pembelajaran berkait

Atasi dengan-
Spending time
Hubungan rapat
Yakin diri positif
Respon segera
Rancang pengalaman
Aktiviti rutin- rancang

Masalah penglihatan dan kecelaruan tingkah laku
Ciri
t/l ganas
Terlalu bergantung
Menentang
Mengelak
Pasif

Sebab
Ketidakseimbangan kimia /gagal fungsi otak
Kawalan kecacatan, sesuaikan diri- kom, urus diri, kawal emosi dan sosial

Impak ke atas pembelajaran
Prestasi menurun
Tidak boleh membuat perkaitan
Tiada kawan
Tidak fokus
Sukar selesai masalah dari kecacatan

Masalah penglihatan dan kecelaruan tingkah laku
Dual exceptionalities

Ciri-ciri
Kadar pembelajaran cepat
Ingatan yang kuat
Kom dan pembdhran kata yang baik
Kreatif
Mudah belajar braille
Tekun
Motivasi tinggi
Pencapaian akademik lemah berbanding normal
Kem tumpuan yang baik

Pengesanan
Sukar mengesan kanak-kanak pintar cerdas yang mengalami kecataan penglihatan

Amalkan
Kenalkan diri apabila bercakap
Panggil nama
Elak menukar fizikal
Arahan lisan tepat
Bantuan fizikal jika perlu

Masalah penglihatan dan pelbagai kecacatan

Masalah Penglihatan dan Pelbagai Kecacatan(Multihandicapped 1)

Hasil----
Membezakan pelbagai jenis kecacatan
Membincangkan masalah penglihatan dan masalah pembelajaran spesifik
Membincangkan masalah penglihatan dan masalah neurologi
Menjelaskan punca-punca masalah pelbagai kecacatan dan kesannya terhadap pembelajaran

Pengenalan
IDEA. IDEA 97 Final regulatio, sec 300.7- kelewatan perkembangan sebagai kecacatan
Fizikal, kognitif, komunikasi/ pertuturan, sosial, emosi, adaptif
Lebih dari 1 kecacatan –pelbagai kecacatan- kesan terhadap komunikasi, pembelajaran dan perkembangan lain – memerlukan pendidikan yang berbeza daripada program pendidikan khas sedia ada

Masalah penglihatan dan kerencatan akal
Memerlukan rancangan yang sistematik, spesifik dan efektif bagi mengatasi masalah yang timbul
Perkembangan persepsi – proses mengumpul dan menggabungkan asas pengalaman sensori secara berperingkat melalui latihan yg spesifik dan berterusan bagi menghasilkan sesuatu yang mantapp dan matang.
KKMP domain berperingkat
Penggunaan konsep ruang, pemahaman bentuk, pengamatan mempengaruhi pkembangan kognitif

Definisi dan ciri-ciri
Kerencatan akal – kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran yang lebih rendah daripada daya pemikiran normal, mempunyai kemahiran penyesuaian diri yang terhad serta bermasalah dalam pembelajaran

Ciri-ciri
Kemampuan intelek
Kemahiran adaptif
Page 100

Tahap kerencatan akal
Kerencatan akal ringan
Kerencatan akal sederhana
Kerencatan akal teruk
Kerencatan akal sangat teruk
Page 101

Impak ke atas pembelajaran
Kognitif – math, bahasa, kesukaran mengingat dan kelewatan pertuturan
Interaksi dan hubungan sosial
Kemahiran adaptif/fungsi kemahiran rutin
Kurang keyakinan diri
Konsep abstrak yang rendah/ bahasa kiasan
Masa yang panjang belajar bahasa
Memerlukan proses pengulangan utk kefahaman

Kem. Menyelesaikan masalah - terhad

Punca-punca masalah
Keturunan/ naka
Pre natal
Post natal
kesihatan

Masalah penglihatan dan masalah pembelajaran spesifik
Ketidakupayaan salam satu atau lebih proses aas psikologial melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada secara bertulis atau pertuturan, yang mungkin menyebabkan kekurangan kemampuan untuk mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja atau membuat pengiraan matematik yang mempengaruhi perkembangan pendidikan kanak-kanak

Ciri-ciri dan kriteria
Masalah tingkah laku
Masalah memberikan tumpuan
Kemahiran mendengar yang lemah

Prestasi yang tidak konsisten
Kesukaran mengulang semula maklumat yg diterima
Kekeliruan simbol
Penakut
Kemahiran belajar yang rendah
Corak pembelajaran yang pasif
Kosa kata yang rendah
Sukar mengikut arahan
Masalah dalam penulisan

Impak ke atas pembelajaran
Membaca
Pengurusan
Penulisan
Pertuturan
Matematik
Sosial
Page 106

Masalah penglihatan dan masalah neurologi
Seizures Disorder
Menyeluruh dan separuh
Gangguan aliran cas elektirik dalam otak
Kesan kepada fungsi saraf, menyebabkan
Tidak sedar
Menghalang komunikasi normal
Menghasilkan tindakan atau pergerakan luar kawa

Punca-punca sawan
Keturunan/ genetik
Prenatal
Post natal
Jangkitan kuman
Penyalahs=gunaan dadah / alkohol

Kecederaan kepala
Unknown factor
Menyeluruh
Absence (petit mal seizures)
Tonik-klonik (grand mal)
Sawan Mioklonik
Atonik
Infantile spasm
Page 109-110

Sawan separuh
Simple partial
Complex partial
Non-epileptic seizures
Status epileptic
PAGE 111

Cerebral palsy dan impak ke atas pembelajaran
Kegagalan fungsi otot disebabkan kerosakan otak yang mempengaruhi pergerakan tubuh badan
Ketegangan otot
Sawan
Kesukaran proses makan
Pernafasan
Pergerakan tanpa kawal/ tanda sedar
Gangguan mobiliti
Simptom kerencatan akal
Kemampuan persepsi yang tidak normal
Masalah pembelajaran
Sakit tiba-tiba
Kecacatan penglihatan, pendengaran, pertuturan

Jenis cerebral palsy
Spastic CP
Dyskinetic CP
Ataxic CP

Masalah dari CP
Sukar menumpukan perhatian dlm tempoh lama
Kesukaran merancang pergerakan motor
Masalah persepsi
Masalah komunikasi dan bahasa
Page 114

Traumatic Brain Injury dan impak ke atas pembelajaran
TBI sederhana
TBI Teruk

Punca TBI

Kecederaan bahagian dalam dan luar kepala
Bahan kimia atau toksik
Kekurangan oksigen
Tumor
Jangkitan
Angin ahmar

Impak TBI ke atas pembelaran
Fizikal
Pemikiran
Sosial, tingkah laku dan emosi

Akses kepada komputer

Akses kepada Komputer

Menghurai kepentingan kemahiran komputer kepada IMP
Menjelaskan hardware & software yg digunakan oleh IMP
Mengenalpasti peralatan teknologi maklumat yang boleh digunakan oleh IMP

Pengenalan
Memudahkan komunikasi
Menghasilkan komunikasi melalui akses kepada teknologi
Kepentingan kemahiran komputer- - meningkat sejak 1980an- komputer pertama di Maryland USA – 1970an. Diubahsuai untuk mengeluarkan sebutan bagikegunaan IMP- Apple – 1980an – menggunakan menambah gajet untuk kegunaan IMP

Akses kepada teknologi komputer
Komunikasi dengan orang celik
Kerjaya
Nilai Kendiri

Akses kepada Teknologi Komputer -faktor
Bahan bantuan lengkap dengan arahan yang memudahkan akses
Perisian secara berperingkat-ikut kemampuan, mudah difahami oleh IMP
Perisian boleh diulang – enrichment/ remedial act
Tutoring – akses kendiri
Komunikasi dengan orang celik
Komunikasi antara perseorangan (interpersonal) bersemuka, serentak dan sehala
Komunikasi dalaman (intrapersonal) monolog/komunikasi dengan diri dalam membuat keputusan
Komunikasi kumpulan iaitu interaksi antara 3/>
Komunikasi organisasi – jaringan kerjasama yg melibatkan struktur, fungsi, hubungan dan budaya organisasi
Komunikasi massa iaitu komunikasi umum/sehala menggunakan perantaraan
Kerjaya
Jab Pembangunan Kemahiran – kemudahan kepada IMP- maklumat di laman web dengan kemudahan bersuara
Kerjaya menentukan corak kehidupan – lebih baik
MAB- membangunkan IT untuk IMP-latihan dan asas pekerjaan. 1992 kerjsm dengan IBM
MAB – Information Technology Centre of MAB (1998), 2007 – penubuhan cyber club


smbg
E-dagang melalui kerjasama Vision-e (MAB) bersama Acmamall.com sbd bhd 2007 – memasarkan hasil kerja dan produk, perkhidmatan
Pasaran lebih luas
Nilai kendiri
Memberi keyakinan dan motivasi
Memudahkan pembelajaran terutama di sekolah/ institusi pengajian tinggi
Alat-alat Khas Komputer
Perisian bersuara
Perisian untuk low vision
Akses-akses lain
Perisian bersuara
JAWS
DAISY
Synthetic speech
Optical character recognition (OCR)
OpenBook

kemahiran Low Vision

Kemahiran Low Vision
Muhamad Khairul Anuar Hussin

Hasil
Takrifan LV
Faktor yang mempengaruhi kecekapan penglihatan
Menyatakan contoh alatan LV
Faktor yang mempengaruhi kesesuaian pemakaian alat LV

Definisi
Keadaan yang melibatkan kemampuan minima untuk melihat yang tidak dapat dipulihkan dengan pemakaian cermin mata biasa, kanta lekap atau pembedahan. W/P ada individu yang boleh dibantu dengan alatan tertentu

WHO
Penglihatan kurang daripda 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik, atau
Penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan atau pembetulan biasan (refractive)

Masalah LV/PT (pembacaan)
Sukar melihat sebahagian daripada keadaan sekeliling

Rabun warna
Gagal utk menyesuaikan perbezaan susunan percahayaan
Sukat membuat perbandingan
silau

Faktor yang mempengaruhi kecekapan penglihatan
Baki penglihatan
Pencahayaan
Contrast
saiz

Permasalahan
Sukar membuat pengecaman muka
Aktiviti dilakukan dengan jarak yang dekat. Cth membaca, masak, menjahit
Memilih untuk memadankan pakaian
Kesuraman cahaya
Nama tempat/jln
Baki Penglihatan
Ditingkatkan lagi dengan bantuan peralatan\
Diperingkat kanak-kanak perlu penilaian bagi mengatahui tahap fungsi visual bagi kegunaan sendiri, alatan sokongan, latihan

Pencahayaan
Berbeza mengikut umur dan tahap

Dua jenis pencahayaan

Cahaya keseluruhan- segenap ruang
Cahaya tumpuan untuk membaca
Jenis lampu yang biasa digunakan
Incandescent
Halogen
Kalimantang
Chromalux (seperti cahaya matahari)

Terangkan…
Penggunaan cahaya dalam memaksimumkan penglihatan
Cahaya tambahan, kurang shadow
Elak silau, hilangkan bayang2
Menulis, guna lampu bawah aras mata
Silau, guna blinds/langsir
Kurangkan kertas bersinar
Contrast
Penggunaan warna yang berbeza
Tekstur untuk deria rasa/sentuh
Bincangkan…
Bagaimana contrast diwujudkan di
Dapur
Bilik air
Ruang di dalam rumah
Persekitaran rumah
Saiz
Apakah?
20/70 ke 20/200
LV melibatkan tahap fungsi penglihatan yang akan menentukan kepentingan penggunaan ala bantuan penglihatan khusus (Corn & Koeing, 1996)

Pengendalian Pelajar LV
Letakkan berhampiran tingkap
Pen khas dan kertas garisan tebal
Guna topi untuk elak silau
Galakkan guna peralatan tambahan untuk pelbagai aktiviti
Peralatan khusus untuk aktiviti yang berlainan

Kategori peralatan

Alatan optikal

Alatan bukan optikal

Alatan elektro optikal

Peralatan optikal
Utk tingkat/pelbaiki ketajaman penglihatan/fokus
Proses pembesaran adalah dengan ‘pendekatan’
Tidak serbaguna
Perlukan latihan penggunaan
Cth – kanta pembesar (hand-held magnifiers), cermin mata pembesar satu vision, stand magnifier, extra-short focus monocular telescope.

Panduan penggunaan alatan optikal
Kedudukan tangan, mata dalam garisan lurus
Jika guna stand magnifier, bahan bacaan dibawah bukan dibawa ke arah mata
Latihan penggunaan

Alatan bukan optikal
Membantu dari segi penggunaana bukan bacaan
Cth meja boleh laras untuk postur badan, lampu meja boleh laras utk pencahayaan yang lebih baik
Alatan bukan optikal membantu memberikan imej lebih dekat kepada deria penglihatan

Melibatkan
Item cetakan seperti majalah, kamus, buku masakan dll
Jam tangan/ loceng yang mempunyai permukaan negatif dan imej lebih besar
Sebagai panduan penulisan
Perisian komputer seperti jaws,
Aksesori tambahan seperti key chain, kalkulator
Telefon butang dail lebih besar

Alatan elektro optikal
Lebih baik, imej lebih jelas, fokus lebih besar
Cth cctv mempunyai kontras yang boleh diubah mengikut individu
Kos yang lebih tinggi
Contoh elektro optikal
Electric video magnifiers (cctv)
The optelec clear view desktop magnifiers
The optec clear note
The optec traveller portable video magnifiers
The optec comkpact portable video magnifiers

Faktor mempengaruhi kesesuaian alatan LV
85% pendaftaran buta adalah masih mempunyai sisa penglihatan (Dickinson, 1993)
Kesesuaian peralatan mengikut
Keselesaan
Kos
Rupa/wajah pengguna
Keselesaan
Perlu libatkan optometris, petugas rehabilitasi, ibu bapa dll
Perlu selesa
Motivasi
Penampilan
Tempoh aktiviti
Koordinasi mata dan tangan

(BINCANGKAN)
Kos
Optometris/opthalmologis à mencadangkan penggunaan
Kedai à kesesuaian peralatan dan kos
Kes khas à preskripsi doktor
Rupa/wajah pengguna

Multihandicapped perlu kesesuaian pemasangan/pemakaian peralatan
Penggunaan cermin mata-meluas, perlu sesuai dengan pemakai
Sekian terima kasih,lawati- http://cikgukhairulecjb.blogspot.com

Topik 3

Kemahiran Taktual
Oleh
Muhamad Khairul Anuar Hussin
FOKUS

Sejarah dan latar belakang KAEDAH taktual yang digunapakai
Sejarah Kod Braille
Kaedah pengajaran KEMAHIRAN menulis dan melukis

Pengenalan
K T – element penting dalam P&P
Kebolehan menguasai KT akan membantu pelajar membaca dan menulis dengan baik dan seterusnya meningkatkan aktiviti pembelajaran

Braille
Dikenalkan oleh Louis Braille à dikembangkan lagi oleh pihak lain à kesesuaian dan lebih memudahkan

Fishburne alphabet
Sistem tulisan timbul yang dikenalkan oleh S.B, Fishburne, 1972
Bantu dalam kehidupan seperti labeling (barang keperluan dll)
Lebih besar dari huruf braille

Raised Letters

Boston Line Type
New York Point

American Modified Braille

Sistem Moon

Tact-Tiles
Simbol-simbol tactile

Sistem Moon
William Moon, Britain
Kod pelbagai bentuk mudah, mewakili huruf sebenar
Tidak digunapakai di Amerika
Boleh dihasilkan menggunakan perisian komputer

Tack-Tiles
Memudahkan pelajar yang bermasalah psikomotor.
Titik braille lebih besar
Wujud untuk semua tanda khas dan matematik

Simbol-simbol tactile
Bentuk yang diwujudkan sama seperti apa yang hendak dijelaskan
Cth, pin digunakan untuk mewakili pin. Ia boleh digunakan untuk membentuk ayat-ayat.
Memerlukan guru yang kreatif

SISTEM KOD BRAILLE
Pengenalan sistem titik braille
Jenis-jenis kod braille
Muzik
Al-Quran Braille

American Modified Braille
Joel West Smith
Menggunakan kertas secara efisyen
6 titik braille tetapi diubah sedikit

Pengenalan Sistem Titik Braille
Gred 1 à 26 huruf roman
Gred 2 à penggabungan titik, meluas digunakan
Gred 3 à menggunakan singkatan dan jarang digunakan umum -- trengkas

New York Point
Dikenalkan oleh William Bell Wait
Sistem ini menggunakan dua titik tinggi dan satu, dua, tiga dan empat titik di kiri dan kanan.
William mencipta alat Kleidograph yang digunakan untuk mencetak teks tanpa pengggunaan Slate dan stylus
1800 digunakan secara meluas di Amerika Syarikat

Boston Line Type
Dikenalkan oleh Samuel Gridley Howe (Pengasas New England School for the Blind) à Perkins School for the blind
Huruf-huruf ditimbulkan à belum ada huruf braille

Asas braille
Sistem enam titik

Asas braille
Gred 1
Asas Braille
Gred 2
Komponen Braille
26 huruf
Tanda asas seperti koma, noktah
Tanda huruf besar dan tanda angka
Titik penggabungan/contraction
Pembentukan perkataan dari huruf. Z- seperti/ the

Jenis-jenis Kod Braille
Nemeth code (Science and mathematic)
Abraham Nemeth, 1946
Untuk matematik dan sains tahap tinggi merangkumi;
Aritmetik
Column arithmetic
Pembahagian panjang
Algebra
Geometri
Tigonometri
Kalkulus
Modern math
nemeth code
+ - =
Muzik
Dikenalkan oleh Loius Braille
Mesti kuasai gred 2
Pengunaan 6 titik braille

Al-Quran Braille
Penggunaan meluas
Edaran percuma, 2006
Objektif
Sebagai BBM
Ikut keperluan pelajar PK
Galakan bacaan al-Quran
Kembangkan penggunaan G1
Khidmat masyarakat BB Teks

Ciri-ciri Quran Braille
Satu-satunya yang diterbitkan di Malaysia dan memebuhi permintaan di Asia Tenggara
2 jenis cetakan. S dan DS

Pengajaran Kemahiran Menulis dan Melukis
Alat penulisan braille
Ciptaan awal, slate dan stylus
David Abraham dari PSFTB, 1951
Terkini
Braille Tatrapoint
Jot-A-Dot
Mountbatten brailler

Bincangkan
Mengapakah pelajar penglihatan terhad masih tidak mampu menggunakan sisa penglihatan sebagai satu kelebihan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan, berbanding pelajar yang menggunakan mesin braille?

Kekangan. Kaedah pengajaran kemahiran menulis dan melukis
ABPT
Masih belum menyeluruh digunakan
Alatan yang kurang sesuai, tidak mengikut spec daya penglihatan
Kekurangan kemahiran dalam mengendalikan peralatan
Peralatan perlu penyelenggaraan

Penggunaan Penglihatan sebagai saluran utama
Guna penglihatan untuk capai objek yang jauh, membuat pemilihan, membeza dan mengenal objek
Minat kepada gambar, kenalpasti elemen dari gambar
Faham tulisan bercetak dam maksud ayat
Keadaan mata yang stabil
Minat menggunakan mata

Penggunaan sentuhan sebagai saluran utama
Minat utk mengeksplorasi persekiran dengan sentuhan
Guna sentuhan untuk kenal objek
Tahu bacaan asas braille, cth nama
Gunakan braille untuk membaca
Mata kurang stabil

Penggunaan pendengaran sebagai saluran utama
Tidak mempunyai masalah pendengaran
Penggunaan pelbagai media audio
Daya ingatan dan hafalan yang diaktifkan

Penekanan
Semua yang terlibat seharusnya menggunakan semua deria agar total learning dapat dilaksanakan
Thank you…

Thursday, November 19, 2009

Perbincangan

Definisi individu masalah penglihatan dari segi perundangan
-Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna ataupun disebut penglihatan terhad ( low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua kategori di atas sebagai:
Kebutaan: penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive)
Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision):penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.

- tahap penglihatan
Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan kha. Masalah penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut:
SederhanaMasalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta.
TerukMasalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.
Sangat terukMasalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.

Fungsi Bahagian mata
-
Kornea

merupakan selaput hening di hadapan biji mata yg menutup mata hitam dan anak mata. Mempengaruhi hampir keseluruhan kuasa mata.

Retina
lapisan mata paling dalam yg peka kpd cahaya mata hitam.

Makular
merupakan kawasan anatomi kecil yang dapat dibezakan daripada tisu sekelilingnya

Iris
bahagian yang paling jelas pada mata. Mempengaruhi warna mata.

Kanta Mata
bersifat lut sinar, menfokus objek pada jarak yang berbeza-beza

Pupil
bahagian tengah anak mata, berwarna hitam, di kelilingi oleh iris, mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata.

MASALAH-MASALAH MATA YANG LAIN.

1. Katarak Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti berikut :-

Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya.
Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak.

Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.
Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut.

Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi

Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung.

2. Glaukoma

Glaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempada penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.

Glaukoma Akut
Glaukoma Akut menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan daya penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata. Glaukoma Akut memerlukan rawatan kecemasan. Rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan mereka yang mengidap Glaukoma.

Glaukoma Kronik
Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit. Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan. Penghidap Glaukoma tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah Glaukoma Kronik sehingga keadaan menjadi terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan.

Tanda-tanda Glaukoma Kronik

Di antara tanda-tanda Glaukoma Kronik adalah ruang penglihatan yang semakin sempit. Penglihatan menjadi kabur dan rabun. Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap (rabun ayam). Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.

3. Degenerasi Makular
Degenerasi Makular, selalunya dipanggil AMD adalah penyebab utama kehilangan penglihatan dan kerabunan. AMD berlaku apabila makular yang merupakan sebahagian dari retina yang berfungsi untuk ketajaman, dan pusat penglihatan yang diperlukan untuk membaca atau memandu, semakin merosot. Degenerasi makular terbahagi kepada dua, iaitu dalam bentuk basah dan kering.

Degenerasi Makular Kering.
AMD Kering adalah peringkat awal kepada penyakit ini, dan disebabkan oleh penuaan dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan pigmen di dalam mokular atau kombinasi kedua-dua proses di atas.

Degenerasi Makular Basah
Kadang kala, AMD kering menjadi lebih parah dan menjadi suatu penyakit yang dikenali sebagai degenerasi makular basah. Degenerasi Makular Basah terjadi apabila saluran darah yang baru membesar di bawah retina pecah dan membocorkan darah dan cecair. Kebocoran ini menyebabkan kerosakan kekal kepada sel-sel retina yang sensitif kepada cahaya dan seterusnya mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan.

4. Ocular Motility
Kebolehan mata untuk bergerak terhalang. Kerosakan ini memberi masalah kepada penglihatan binokular yang mana kebolehan kedua-dua belah mata untuk memfokuskan ke atas satu objek dan menyatukan dua imej kepada satu imej yang lebih jelas.

5. Strabismus (Mata Juling)Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.

6. Amblyopia (Lazy Eye)Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat. Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan. Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya. Saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti.
Masalah ini sukar dikenal pasti kerana dengan hanya satu mata sahaja, individu mampu melakukan kegiatan dengan normal. Sekiranya mata yang baik mengalami gangguan, barulah dapat dikesan bahawa salah satu mata sebenarnya malas melakukan fungsinya.

7. NistagmusNistagmus adalah pergerakan bola mata yang kelihatan bergerak-gerak secara teratur tetapi pergerakan itu terjadi sendiri. Pergerakan bola mata tersebut seolah seperti “menari-nari”, “bergoyang”, atau “melompat-lompat”. Nistagmus merupakan salah satu tanda adanya masalah pada mata itu sendiri atau adanya kelainan di otak. Seseorang boleh menghidap penaykit ini sejak lahir atau dapat dideritai di kemudian hari.

CIRI-CIRI DAN CABARAN YANG DIHADAPI DARI ASPEK ADAPTASI KHAS MURID MASALAH PENGLIHATAN, MURID-MURID RABUN, PENGUBAHSUAIAN BILIK DARJAH, PERKEMBANGAN BAHASA, KEUPAYAAN INTELEK, ORIENTASI DAN MOBILITI DAN PERKEMBANGAN SOSIAL

Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku ‘Manual On The Management of Children With Visual Impairement’ yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu:

SentuhPandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.

PendengaranBercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan.
Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali.
Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang yang bertanya , “ Adakah anak anda mahu aiskrim?”, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus kepada kanak-kanak.
BauPastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain.
RasaGalakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi.
Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya.
Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya.

Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gamba rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.

Low Vision

Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai dari segi fungsi visual bagi menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada dengan bantuan alat khas ataupun tidak. Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki penglihatan dengan optimum. Penilaian ini mungkin melibatkan preskripsi dan latihan penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak kategori ini.

Kajian Rokiah Omar dan Zainora Mohammed (2004) di sekolah khas menunjukkan kebanyakkan murid low vision mempunyai akuiti visual dekat yang lebih baik berbanding akuiti visual jauh. Walau bagaimanapun, kajian mereka turut mendedahkan ramai murid yang tidak menggunakan peralatan khusus dan ini menyokong kajian Leat dan Karadsheh (1991) serta Kalloniatis dan Johnston (1990) yang memang mendapati ramai kanak-kanak low vision tidak dilengkapi dengan peralatan khusus yang sesuai dengan kecacatan mereka. Alasan yang diberikan oleh murid low vision di sekolah khas yang dikaji oleh Rokiah dan Zainora adalah seperti berikut:

Tidak mampu membeli peralatan itu,
Peralatan yang ada hilang,
Tidak tahu menggunakan peralatan itu,
Tidak suka menggunakan peralatan itu.

Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid bermasalah penglihatan yang masih mempunyai baki penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka. Namun begitu, latihan perlu diberi di samping memberi motivasi kepada murid-murid dalam menggunakan peralatan itu.

Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan peralatan khas menyekat perkembangan murid itu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial. Memang diakui ramai murid low vision yang malu hendak menggunakan peralatan khas atas alasan tersendiri. Namun dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang faedah yang diperoleh, sudah pasti mereka bersedia melangkah ke hadapan.


Masalah kerencatan akal

S1 : Apakah maksud kerencatan akal (mental retardation)?
Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.

S2 : Apakah yang menyebabkan kanak-kanak terencat akal ?
30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetik seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab-sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligence quotient) kurang daripada 50.
Kebanyakan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ diantara 50-75) tiada punca yang menyebabkannya. Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau masalah perinatal.

S3 : Apakah penyebab utama kanak-kanak terencat akal yang ditemui di hospital.
Palsi serebrum (Bab 8.4)
Sindrom Downs (Bab 8.3)

S4 : Bagaimanakah kanak-kanak yang terencat akal dapat di kenal pasti?
Sebilangan daripada kanak-kanak sebegini akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu daripada punca-punca yang ada pada S2 – seperti masalah perinatal atau meningitis. Sindrom Downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenal pasti (sila lihat bab 8.3). Sebilangan besar kanak-kanak yang terencat akal akan dikesan semasa pihak doctor membuat ujian perkembangan –developmental assessment seperti yang diterangkan dalam bab 8.1. Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada pakar kanak-kanak untuk siasatan yang mendalam.
Kecacatan pendengaran dikesan apabila ibu-bapa mengadu bahawa anak mereka lambat bercakap.

Punca-punca Kerencatan Akal

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaparkan 30% daripada kanak-kanak
yang terencat akal teruk di sebabkan oleh ketidaknormalan genetik seperti sindrom down,
25% disebabkan oleh palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah pranatal
manakala 15% lagi tidak dapat ditentukan puncanya.

Grossman (1983), mengenalpasti beberapa faktor yang menjadi punca kepada kerencatan
akal iaitu:

Faktor biomedikal / psikologikal

Jangkitan dan toksik akibat minuman keras

Trauma

Metabolisme ataupun pemakanan

Jangkitan di otak

Pengaruh semasa hamil yang tidak dikenal pasti

Kromosom yang abnormal

Gangguan semasa hamil

Gangguan dalam aspek psikiatri

Pengaruh persekitaran

Kelahiran pramatang