Thursday, November 19, 2009

Perbincangan

Definisi individu masalah penglihatan dari segi perundangan
-Terdapat dua kategori utama dalam masalah penglihatan iaitu buta dan rabun warna ataupun disebut penglihatan terhad ( low vision). Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) mendefinisikan kedua-dua kategori di atas sebagai:
Kebutaan: penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive)
Rabun ataupun penglihatan terhad (low vision):penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.

- tahap penglihatan
Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan kha. Masalah penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut:
SederhanaMasalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta.
TerukMasalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas.
Sangat terukMasalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain.

Fungsi Bahagian mata
-
Kornea

merupakan selaput hening di hadapan biji mata yg menutup mata hitam dan anak mata. Mempengaruhi hampir keseluruhan kuasa mata.

Retina
lapisan mata paling dalam yg peka kpd cahaya mata hitam.

Makular
merupakan kawasan anatomi kecil yang dapat dibezakan daripada tisu sekelilingnya

Iris
bahagian yang paling jelas pada mata. Mempengaruhi warna mata.

Kanta Mata
bersifat lut sinar, menfokus objek pada jarak yang berbeza-beza

Pupil
bahagian tengah anak mata, berwarna hitam, di kelilingi oleh iris, mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata.

MASALAH-MASALAH MATA YANG LAIN.

1. Katarak Katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lewat, atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Golongan yang berisiko mengidap katarak adalah seperti berikut :-

Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya.
Kandungan gula dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak.

Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas.
Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut.

Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi

Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu mengidap jangkitan seperti penyakit Rubella semasa mengandung.

2. Glaukoma

Glaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempada penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta.

Glaukoma Akut
Glaukoma Akut menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan daya penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bola mata. Glaukoma Akut memerlukan rawatan kecemasan. Rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan mereka yang mengidap Glaukoma.

Glaukoma Kronik
Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit. Glaukoma Kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan. Penghidap Glaukoma tidak menyedari yang mereka mempunyai masalah Glaukoma Kronik sehingga keadaan menjadi terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan.

Tanda-tanda Glaukoma Kronik

Di antara tanda-tanda Glaukoma Kronik adalah ruang penglihatan yang semakin sempit. Penglihatan menjadi kabur dan rabun. Kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap (rabun ayam). Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.

3. Degenerasi Makular
Degenerasi Makular, selalunya dipanggil AMD adalah penyebab utama kehilangan penglihatan dan kerabunan. AMD berlaku apabila makular yang merupakan sebahagian dari retina yang berfungsi untuk ketajaman, dan pusat penglihatan yang diperlukan untuk membaca atau memandu, semakin merosot. Degenerasi makular terbahagi kepada dua, iaitu dalam bentuk basah dan kering.

Degenerasi Makular Kering.
AMD Kering adalah peringkat awal kepada penyakit ini, dan disebabkan oleh penuaan dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan pigmen di dalam mokular atau kombinasi kedua-dua proses di atas.

Degenerasi Makular Basah
Kadang kala, AMD kering menjadi lebih parah dan menjadi suatu penyakit yang dikenali sebagai degenerasi makular basah. Degenerasi Makular Basah terjadi apabila saluran darah yang baru membesar di bawah retina pecah dan membocorkan darah dan cecair. Kebocoran ini menyebabkan kerosakan kekal kepada sel-sel retina yang sensitif kepada cahaya dan seterusnya mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan.

4. Ocular Motility
Kebolehan mata untuk bergerak terhalang. Kerosakan ini memberi masalah kepada penglihatan binokular yang mana kebolehan kedua-dua belah mata untuk memfokuskan ke atas satu objek dan menyatukan dua imej kepada satu imej yang lebih jelas.

5. Strabismus (Mata Juling)Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang berbeza. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Sekiranya tidak dirawat, strabismus boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.

6. Amblyopia (Lazy Eye)Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat. Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan. Oleh sebab ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya. Saraf mata yang seharusnya berkembang menjadi terhenti.
Masalah ini sukar dikenal pasti kerana dengan hanya satu mata sahaja, individu mampu melakukan kegiatan dengan normal. Sekiranya mata yang baik mengalami gangguan, barulah dapat dikesan bahawa salah satu mata sebenarnya malas melakukan fungsinya.

7. NistagmusNistagmus adalah pergerakan bola mata yang kelihatan bergerak-gerak secara teratur tetapi pergerakan itu terjadi sendiri. Pergerakan bola mata tersebut seolah seperti “menari-nari”, “bergoyang”, atau “melompat-lompat”. Nistagmus merupakan salah satu tanda adanya masalah pada mata itu sendiri atau adanya kelainan di otak. Seseorang boleh menghidap penaykit ini sejak lahir atau dapat dideritai di kemudian hari.

CIRI-CIRI DAN CABARAN YANG DIHADAPI DARI ASPEK ADAPTASI KHAS MURID MASALAH PENGLIHATAN, MURID-MURID RABUN, PENGUBAHSUAIAN BILIK DARJAH, PERKEMBANGAN BAHASA, KEUPAYAAN INTELEK, ORIENTASI DAN MOBILITI DAN PERKEMBANGAN SOSIAL

Kementerian kesihatan Malaysia menghasilkan buku ‘Manual On The Management of Children With Visual Impairement’ yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria di atas iaitu:

SentuhPandu tangan kanak-kanak untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.

PendengaranBercakap dengan kanak-kanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan.
Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali.
Elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus kepada kanak-kanak. Misalnya jika ada orang yang bertanya , “ Adakah anak anda mahu aiskrim?”, cadangkan kepada orang itu supaya bertanya terus kepada kanak-kanak.
BauPastikan kanak-kanak diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya, sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lain-lain.
RasaGalakkan kanak-kanak memasukkan benda ke dalam mulut kerana ini menggalakkan sensasi rasa. Ini selamat dilakukan jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila kanak-kanak tumbuh gigi.
Berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai dari segi rasa dan tekstur dan beritahu mereka apakah makanan yang diberikan itu. Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya.
Pendidikan bagi kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya.

Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gamba rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle magnifier, dan teleskop.

Low Vision

Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai dari segi fungsi visual bagi menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada dengan bantuan alat khas ataupun tidak. Ini perlu bagi membolehkan mereka menggunakan baki penglihatan dengan optimum. Penilaian ini mungkin melibatkan preskripsi dan latihan penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak kategori ini.

Kajian Rokiah Omar dan Zainora Mohammed (2004) di sekolah khas menunjukkan kebanyakkan murid low vision mempunyai akuiti visual dekat yang lebih baik berbanding akuiti visual jauh. Walau bagaimanapun, kajian mereka turut mendedahkan ramai murid yang tidak menggunakan peralatan khusus dan ini menyokong kajian Leat dan Karadsheh (1991) serta Kalloniatis dan Johnston (1990) yang memang mendapati ramai kanak-kanak low vision tidak dilengkapi dengan peralatan khusus yang sesuai dengan kecacatan mereka. Alasan yang diberikan oleh murid low vision di sekolah khas yang dikaji oleh Rokiah dan Zainora adalah seperti berikut:

Tidak mampu membeli peralatan itu,
Peralatan yang ada hilang,
Tidak tahu menggunakan peralatan itu,
Tidak suka menggunakan peralatan itu.

Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid bermasalah penglihatan yang masih mempunyai baki penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka. Namun begitu, latihan perlu diberi di samping memberi motivasi kepada murid-murid dalam menggunakan peralatan itu.

Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan peralatan khas menyekat perkembangan murid itu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial. Memang diakui ramai murid low vision yang malu hendak menggunakan peralatan khas atas alasan tersendiri. Namun dengan memberi kesedaran kepada mereka tentang faedah yang diperoleh, sudah pasti mereka bersedia melangkah ke hadapan.


Masalah kerencatan akal

S1 : Apakah maksud kerencatan akal (mental retardation)?
Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.

S2 : Apakah yang menyebabkan kanak-kanak terencat akal ?
30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetik seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab-sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligence quotient) kurang daripada 50.
Kebanyakan kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ diantara 50-75) tiada punca yang menyebabkannya. Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau masalah perinatal.

S3 : Apakah penyebab utama kanak-kanak terencat akal yang ditemui di hospital.
Palsi serebrum (Bab 8.4)
Sindrom Downs (Bab 8.3)

S4 : Bagaimanakah kanak-kanak yang terencat akal dapat di kenal pasti?
Sebilangan daripada kanak-kanak sebegini akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu daripada punca-punca yang ada pada S2 – seperti masalah perinatal atau meningitis. Sindrom Downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenal pasti (sila lihat bab 8.3). Sebilangan besar kanak-kanak yang terencat akal akan dikesan semasa pihak doctor membuat ujian perkembangan –developmental assessment seperti yang diterangkan dalam bab 8.1. Mereka yang ditemui harus dirujuk kepada pakar kanak-kanak untuk siasatan yang mendalam.
Kecacatan pendengaran dikesan apabila ibu-bapa mengadu bahawa anak mereka lambat bercakap.

Punca-punca Kerencatan Akal

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaparkan 30% daripada kanak-kanak
yang terencat akal teruk di sebabkan oleh ketidaknormalan genetik seperti sindrom down,
25% disebabkan oleh palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah pranatal
manakala 15% lagi tidak dapat ditentukan puncanya.

Grossman (1983), mengenalpasti beberapa faktor yang menjadi punca kepada kerencatan
akal iaitu:

Faktor biomedikal / psikologikal

Jangkitan dan toksik akibat minuman keras

Trauma

Metabolisme ataupun pemakanan

Jangkitan di otak

Pengaruh semasa hamil yang tidak dikenal pasti

Kromosom yang abnormal

Gangguan semasa hamil

Gangguan dalam aspek psikiatri

Pengaruh persekitaran

Kelahiran pramatang

No comments:

Post a Comment